Wednesday, March 10, 2010

BeRSiWAK / BeRSuGi

untuk sudut ibadah ari ni, kite tgk hadis nih...diambik dr cik roslan nyer email lam blalang group...


Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang."(Riwayat Muslim)

Memberus dan membersihkan gigi sebelum bersembahyang adalah amalan yang mendapat keredhaan Allah SWT seperti yang disebut di hadith yang berikut:-

Dari Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu bersiwak untuk membersihkan mulut dan memperoleh keredhaan Tuhan". (al-Bukhari dan al-Baihaqi)

Pernah tidak saudara-saudari apabila solat berjemaah di waktu Suboh atau pun Ishaq di masjid-masjid, sdra-sdri mengalami bau yang busuk yang datang dari mulut Muslimin-Muslimat yang berdiri di sebelah sdra-sdri semasa solat itu?

Apakah rasa sdra-sdri apabila terbau bauan yang tidak menyenangkan itu? Oleh yang demikian sekiranya kita tidak mau jiran disebelah kita terbau bauan yang busuk yang datang dari mulut kita, beruslah gigi kita sebelum ke masjid dan kalau boleh, berkomor dengan "Listerine" supaya mulut kita terasa segar.

Kekhusyukan jiran kita semasa bersolat akan terganggu sekiranya dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan yang datang dari mulut kita dan secara tidak langsung, kita tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT dan pahala kita akan dikurangkan dengan sebab yang demikian.

Kita biasanya memberus gigi sebelum tidur atau selepas bangun dari tidur. Tetapi sekiranya kita menambah dengan memberus gigi tiap-tiap kali sebelum solat, maka mulut kita akan sentiasa bersih dari kuman-kuman yang boleh membawa berbagai jenis penyakit kepada badan kita.

Wallahu'alam

renung2kan n slamat beramal...

No comments:

Post a Comment

anything 4 me?